Buku

Perancangan Strategik Sekolah

oleh Hairuddin Mohd Ali, Muhammad Bustaman Abdul Manaf

RM 31.00 / RM 34.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5226-21-2

Muka Surat: 352

Saiz:

Tarikh Terbit: 3 Aug 2009

Buku ini memberi fokus utama pada cara untuk menterjemahkan atau menghubungkan hala tuju institusi kepada strategi dan pelan operasi secara sistematik dan praktikal. Kandungannya menyediakan contoh yang jelas bagi membina Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI), khususnya dalam pengurusan strategik institusi pendidikan awam seperti sekolah. Malah, pelan strategik pembangunan sekolah dihuraikan dengan jelas supaya dapat menjadi asas untuk menyediakan kertas atau dokumen penting seperti permintaan untuk cadangan (Request For Proposal - RFP) atau permintaan untuk cadangan perancangan (Request For Planning Proposal ). Antara pernyataan matlamat strategik yang dibincangkan dalam buku ini adalah : * Membangunkan modal insan kelas pertama. * Merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dengan di luar bandar. * Meningkatkan pencapaian akademik pelajar, membentuk pelajar bersahsiah tinggi. * Memperkukuh jalinan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti. * Memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Hairuddin Mohd. Ali adalah seorang pensyarah dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Manakala, Muhammad Bustaman Abdul Manaf adalah pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senarai Jadual dan Rajah ix Prakata xiii Bagaimanakah Anda Boleh Memanfaatkan Buku Ini? xv Bahagian 1 ANALISIS STRATEGIK BAB SATU 3 Perancangan Pembangunan Sekolah 3 Pengertian Pengurusan Strategik 5 Pengertian Perancangan Strategik 6 Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah 9 Kepentingan Menguasai Kemahiran Pengurusan Strategik 11 Peranan Sebagai Perancang Strategik 13 BAB DUA 18 Mendapatkan Persetujuan Terhadap Proses Perancangan Strategik 18 Praperancangan 18 Penyediaan Maklumat Latar Belakang Organisasi 27 Kajian Mengenai Kepengikutan Di Malaysia 37 BAB TIGA 49 Mendefinisikan Hala Tuju Organisasi 49 Hala Tuju Organisasi 49 Membina Budaya dan Nilai Organisasi 52 viPerancangan Strategik Sekolah Membina atau Menyemak Pernyataan Misi 60 Membina atau Menyemak Pernyataan Visi 69 BAB EMPAT 89 Mengumpul Maklumat untuk Tujuan Analisis Persekitaran 89 Analisis Persekitaran 89 Kaedah Menganalisis Maklumat Persekitaran Organisasi 91 Menganalisis Persekitaran Bagi Mengenal Pasti Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (atau Ancaman) 92 Peranan Pendekatan SWOC dalam Membina Strategi Berkesan 95 Analisis Kekuatan dan Kelemahan Sumber Dalaman Organisasi 97 Analisis Persekitaran Luaran Organisasi: Peranan Pengimbasan, Pemantauan, Keperisikan Kompetitif, dan Ramalan 99 BAB LIMA 105 Mengenal Pasti dan Memilih Isu-isu Strategik 105 Isu, Matlamat, Objektif, Pengukuran, dan Sasaran 105 Matlamat Strategik, Objektif, Pengukuran (KPI) dan Sasaran 110 Bahagian 2 FORMULASI STRATEGIK BAB ENAM 129 Penjanaan Strategi Dalam Organisasi 129 Strategi dan Pelan Taktikal 129 Penjanaan Strategi 133 Hubungan antara Isu, Matlamat, Objektif, KPI, Sasaran, dan Strategi 135 Penurunan (Cascading) Perancangan Ke Peringkat Bawah 136 Penjanaan dan Pemilihan Pelan Taktikal 144 Pembinaan Pelan Operasi 144 Bahagian 3 IMPLEMENTASI STRATEGIK BAB TUJUH 159 Strategi Adalah Untuk Dilaksanakan 159 Implementasi Strategik 159 Garis Panduan Untuk Kejayaan Pelan Strategik 161 Langkah-Langkah Pelaksanaan Selepas Penyediaan Perancangan 162 Pendekatan Balanced Scorecard bagi Melaksanakan Strategi 163 viiKandungan BAB LAPAN 183 Memantau Implementasi Strategik 183 Penilaian Prestasi dan Penambahbaikan Berterusan 183 Pelaporan Prestasi Implementasi Strategik 186 Adakah Anda Seorang Pemimpin Strategik? 189 BAB SEMBILAN 200 Pengenalan 200 Kerangka dan Susunan Penulisan 200 Pendokumentasian Perancangan Strategik 200 Kesilapan Tanggapan dalam Proses Pengurusan Strategik 206 Faktor Berlakunya Kesukaran dan Kegagalan dalam Perancangan Strategik 208 Lampiran 209 Proses Praperancangan 225 Hala Tuju : Mandat, Misi, Visi & Misi, dan Visi Implisit 236 Analisis Persekitaran Peringkat Organisasi [Analisis SWOC/SWOT] 242 Isu, Matlamat, Objektif, KPI, dan Sasaran (Target) 244 Strategi, Pelan Taktikal Pelan Operasi 253 Implementasi Strategik 269 Penilaian prestasi dan penambahbaikan berterusan 270 Rujukan 324 Biodata Pengarang 332 Indeks 334

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024