Buku

Senangnya Matematik: Belajar Mengenal Bentuk Awal

oleh Ji Won Seo

RM 12.90 / RM 14.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-410-186-2

Muka Surat: 68

Saiz: 17cmx24.3cm

Tarikh Terbit: 21 Jan 2014

Kategori: Edukomik

Buku terjemahan dari Korea ini mengisahkan Hee Su, Jeong Min, dan Ju Cheol rakan sekelas sejak mereka tahun satu lagi. Mereka bertiga dikenali sebagai Trio Bamgasi di Sekolah Rendah Bamgasi. Pada suatu hari, mereka terjumpa pangkalan rahsia yang tersimpannya kapal angkasa Pak Cik Mahluk Asing. Mereka sangkakan pak cik itu menyeramkan, namun segala-galanya berubah apabila pak cik itu sudi mengajar mereka tentang bentuk. Mari berkenalan dengan Pak Cik Mahluk Asing dan Trio Bamgasi.

Buku ini sesuai untuk kanak-kanak tadika, murid-murid sekolah rendah tahap satu dan tahap dua. Cerita ini menarik kerana, ada kemungkinan kanak-kanak tidak sedar yang di sekeliling kita terdapat bentuk tiga dimensi (3D) yang dapat menghasilkan bentuk dua dimensi (2D). Selain itu, sikap watak-watak yang ingin tahu, berani mencuba dan suka meneroka membuatkan mereka mengetahui pelbagai bentuk 2D dan 3D dengan mudah. Mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif apabila dapat menghasilkan corak, gambar dan membina model mengikut kreativiti sendiri. Sikap begini memang wajar dicontohi oleh pelajar yang bercita-cita mahu menjadi sehebat saintis genius.” 

- PUAN CHAN YOOK LEAN, GURU CEMERLANG MATEMATIK WILAYAH PERSEKUTUAN

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024