Sekiranya kita sebagai guru, warden asrama, dan trainer pembelajaran, antara perkara yang sering kita dengar tentang rungutan pelajar-pelajar adalah berkenaan stres belajar. Timbul persoalan, mengapa mereka stres belajar? Adakah kerana sukarnya pelajaran yang mereka pelajari ataupun stres kerana bimbangkan peperiksaan yang akan tiba?
Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi? Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru serta banyak lagi. Betapa dahsyat cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini.
Bertitik tolak daripada sini, saya terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres.
Sebelum Membaca Buku ini
Bahagian 1 : Sentuhan Pembuka Mood
Bab 1 : Chit-Chat Perihal Buku
Bab 2 : Tiket Ekspres
Bab 3 : Adakah Belajar itu Stres?
Bahagian 2 : Memahami Diri Seorang Remaja
Bab 4 : Chit-Chat Perihal Diri Sebagai Remaja
Bab 5 : Remaja dan Peristiwa Sukar
Bab 6 : Cabaran dan Masalah
Bahagian 3 : Memahami Stres
Bab 7 : Chit-Chat Perihal Stres
Bab 8 : Otak dan Stres
Bab 9 : Minda dan Stres
Bab 10 : Mitos Stres
Bahagian 4 : Menjadikan Stres Sebagai Suatu yang Positif
Bab 11 : Membina Minda Baru
Bab 12 : Aktiviti Membina Minda
Bab 13 : Minda Baru Terbina
Bahagian 5 : Tetap Tenang Walaupun Stres
Bab 14 : Kembali Kepada Allah
Bab 15 : Berdoa
Bab 16 : Mendirikan Solat
Bab 17 : Menjadi Motivator Kepada Diri Sendiri
Bab 18 : Membaca Skrip Kata-kata
Bahagian 6 : Motivasi Booster (Galakan)
Bab 19 : Chit-Chat Perihal Motivasi Booster
Bab 20 : Chit-Chat Perihal Belajar
Bab 21 : Prinsip Kemahuan yang Degil dan Memaksa Diri
Bab 22 : Mengenali ‘Reticular Activating System (RAS)’
Bab 23 : Mengaktifkan ‘Reticular Activating System (RAS)’
untuk Belajar
Bab 24 : Percaya kepada Diri Sendiri
Bahagian 7 : Teknik Mudah Ingat dan Faham Nota Pelajaran
Bab 25 : Belajar Sedikit-sedikit Dapat Banyak
Bab 26 : Langkah 1 – Membaca Nota Pelajaran
Bab 27 : Langkah 2 – Menulis Isi Penting dalam Jadual
Minda Razali (JMR)
Bab 28 : Langkah 3 – Mengingat Menggunakan Teknik
Jadual Minda Razali (JMR)
Bab 29 : Langkah 4 – Membuat Latihan Pengukuhan
Bab 30 : Ulangan
Bab 31 : Kaedah Alternatif : Mengingat Menggunakan Akronim, Akrostik, dan Kad Poket
Penutup
Biodata Penulis
Bonus – Amalan Harian