Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"
Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."
Nafisah bertanya lagi, "Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"
"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.
"Khajidah," jawab Nafisah.
Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,
malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.
Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.
Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."
Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:
- Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
- Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
- Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
- Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
- Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.
Isi Kandungan
Kalam Penterjemah
Pendahuluan
Bab 1: Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
-
Khadijah Ketika Zaman Jahiliyah
-
Khadijah Seorang Usahawan
-
Rakan Niaga Menjadi Teman Hidup
-
Perkahwinan Mithali
-
Khadijah Wanita yang Beriman
-
Pemergian dan Kesetiaan
Bab 2: Fatimah Az-Zahra, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
-
Ya Allah, Mereka Adalah Ahli Keluargaku
-
Warisan dan Didikan
-
Ali Merisik Fatimah
-
Majlis Perkahwinan Terbaik
-
Kerjasama dalam Menanggung Beban Hidup
-
Keistimewaan Fatimah di Sisi Rasulullah
-
Keluhan Sang Puteri
Bab 3: Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
Bab 4: Rumaiso’Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
Bab 5: Nusaibah Binti Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.
-
Keluarga Nusaibah
-
Menganut Islam
-
Berpencak di Medan Jihad
-
Bertarung di Yamamah
Epilog
Biodata Penulis
Biodata Penterjemah
Akan Terbit