Fahaman Wahabi muncul di Arab Saudi oleh Syeikh Muhamad bin Abd al-Wahab, seorang ulama pada kurun ke-18M. Fahaman ini mendapat reaksi yang pelbagai di negara ini. Ada yang menerima dan ada yang menolak fahaman ini daripada dimasukkan dalam golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.
Namun, berdasarkan keputusan JAKIM, fahaman Wahabi termasuk dalam golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dan bukan ajaran sesat. Cuma ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana berlakunya pertembungan dengan fahaman arus perdana yang dipegang oleh umat Islam di negara ini iaitu Ahli al-Sunah wa al-Jamaah manhaj Asya‘irah dan Maturidiyyah.
Pelabelan Wahabi pula merupakan satu penyakit yang muncul akhir-akhir ini dalam kalangan umat Islam di negara ini. Ia bukan sahaja dikaitkan dengan orang yang mempelajari bidang hadith dan beraliran salaf, malah kepada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan seseorang yang menentang pelopor ajaran sesat, segala jenis khurafat dan tahyul itu sendiri.
Antara perkara menarik yang dibincangkan dalam buku ini:
1. Pendedahan pandangan dan fatwa negeri Pahang, Perak, Sabah, Negeri Sembilan dan Johor terhadap fahaman Wahabi.
2. Adakah mufti, ahli akademik dan pendakwah yang dilabel Wahabi itu benar benar berfahaman Wahabi mengikut ciri-ciri yang diperincikan dalam fatwa negeri-negeri yang mengharamkan?
3. Analisis lengkap terhadap ciri-ciri yang dikaitkan kepada mereka yang dilabel Wahabi? Benarkah mereka Wahabi ataupun sebaliknya?
Semuanya terjawab dalam buku ini.
Prakata
Pendahuluan
Bab 1: Latar Belakang Fahaman Wahabi
Pendahuluan
Kemunculan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Permulaan Dunia Pembelajaran
Kemunculan Negara Arab Saudi
Kejayaan Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Cabaran dan Halangan dalam Berdakwah
Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Pemikiran Utama dalam Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Perkara-Perkara yang Membatalkan Kalimah Syahadah
Kembali kepada Ajaran Islam Generasi Awal
Membersihkan Tauhid daripada Kotoran Syirik
Menolak Tawassul dengan Para Wali dan Orang-Orang Soleh yang Sudah Mati
Akidah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Menolak Segala Bidaah dan Khurafat
Pandangan Tokoh Barat dan Islam Terhadap Golongan Wahabi
Kesimpulan
Bab 2: Isu-Isu Berkaitan Fahaman Wahabi
Pendahuluan
Penggunaan Istilah ‘Wahabi’
Usaha Memburuk-Burukkan Fahaman Wahabi
Tekanan Terhadap Individu yang Dituduh Berfahaman Wahabi
Keengganan Ulama Al-Azhar untuk Terlibat dalam Memerangi Golongan Wahabi
Al-Jabarti Mempertahankan Golongan Wahabi
Bersihnya Masyarakat Mesir daripada Darah Golongan Wahabi
Interaksi Masyarakat Mesir Terhadap Golongan Wahabi
Dakwah Wahabi dan Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Pendirian Syeikh Muhammad Rasyid Redha Terhadap Golongan Wahabi
Pandangan Syeikh Muhammad Ali Al-Maliki Terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Kepalsuan Laporan Hempher Terhadap Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
Kesimpulan
Bab 3: Kedudukan Fahaman Wahabi di Malaysia
Pendahuluan
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Mufti Negeri Pahang
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Mufti Negeri Perak
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Mufti Negeri Sabah
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Fahaman Wahabi Menurut Jabatan Mufti Negeri Johor
Fahaman Wahabi Menurut Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang
Fahaman Wahabi Menurut Tuan Hasan Tuan Lah
Ciri-ciri Fahaman Wahabi Berdasarkan Warta Kerajaan Negeri Johor
Kesimpulan
Bab 4: Pelabelan Sebagai Berfahaman Wahabi
Pendahuluan
Tuduhan Berfahaman Wahabi Secara Melulu
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Datuk Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis)
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Dr. Hapiz Mahaiyadin
Pelabelan Berfahaman Wahabi Terhadap Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Agenda di Sebalik Pelabelan Sebagai Berfahaman Wahabi
Menjaga keberkekalan status aliran Asya’irah dan Maturidiyyah
Membunuh karakter dan populariti penceramah
Menyekat usaha dakwah dalam kalangan bukan Islam
Memudahkan laluan kepada penyebaran ajaran sesat
Menghentikan usaha bagi menegakkan dan menghayati ajaran Islam
Membuka ruang kepada penyebaran amalan khurafat dan bidaah dalam masyarakat
Menyingkirkan individu tertentu daripada jawatan ataupun jawatankuasa tertentu
Memberi ruang mudah kepada penyebaran fahaman Syiah
Mengorak langkah ke arah mengiktiraf fahaman Wahdatul Wujud
Menutup kelemahan diri dan mengalih isu
Menutup pintu budaya muzakarah ilmu
Ekstrem Tidak Semestinya daripada Fahaman Wahabi
Kesimpulan
Bab 5: Analisis Beberapa Ciri dan Amalan yang Dikaitkan dengan Pelabelan Berfahaman Wahabi
Pendahuluan
Ciri-Ciri dan Amalan-Amalan yang Dikaitkan dengan Pelabelan Berfahaman Wahabi
Menolak aliran Asya’irah dan Maturidiyyah daripada termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah
Menerima dan berpegang dengan tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, serta Asma’ dan Sifat
Memahami nas-nas tentang sifat Allah s.w.t. berdasarkan zahir yang layak bagi-Nya dan tidak menyerupai segala sesuatu
Menolak takwil yang dilakukan oleh golongan Asya’irah dan Maturidiyyah terhadap nas-nas sifat
Menolak daripada berpegang dengan pendekatan Sifat 20
Menyatakan Allah s.w.t. berada tinggi di langit dan beristiwa’ di atas Arasy sebagaimana yang layak bagi-Nya seperti yang terdapat dalam nas
Menolak daripada meminta tolong daripada orang yang sudah mati kerana ia adalah syirik
Menolak daripada ber-tawassul dengan zat ataupun kebesaran orang yang sudah mati termasuk para nabi
Menolak daripada mengadakan sambutan Maulidur Rasul
Menolak daripada mempelajari ilmu tasawuf
Menolak bidaah hasanah
Menolak hadith dhaif
Menolak daripada mengadakan kenduri arwah
Menolak daripda melakukan talkin selepas pengebumian jenazah
Menolak daripada mengambil keberkatan daripada perkara yang dikatakan sebagai kesan peninggalan nabi
Menolak daripada membaca qunut dalam solat subuh
Menolak daripada melakukan zikir dengan nada suara yang kuat sesudah selesai sola
Menolak daripada membaca surah Yasin pada malam Jumaat
Mengatakan kedua-dua ibu bapa Nabi s.a.w. masuk ke neraka
Menolak Fahaman Wahdatul Wujud
Menolak daripada mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. diciptakan daripada cahaya