Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.
Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.
Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama. Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan:
Persediaan untuk merancang dan merakam video jualan.
Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi.
Kaedah penyuntingan video jualan.
Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube.
Strategi meningkatkan penonton video jualan.
Oleh itu, usahawan, penyedia servis, penulis blog, malah sesiapa saja yang berminat untuk buat duit dengan Youtube, wajib membaca buku ini. Zamri Mohamad adalah seorang penulis bebas dan sering menganjurkan seminar teknik penulisan. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau mengaplikasikan Youtube untuk mempromosikan seminar penulisan beliau. Buah fikiran beliau boleh dibaca melalui blog www.ZamriMohamad.com.
Penghargaan
Prakata
Bahagian 1 Memilih Bisnes untuk Video Jualan Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube
Bahagian 2 Video jualan yang memikat pelanggan Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan Bab 07 Dari didik kepada menjual Bab 08 Informasi pada video jualan Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube
Bahagian 3 Rancang dan rakam video jualan Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal ataupun murah Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki
Bahagian 4 Penyuntingan video jualan Bab 15 Menukar format video pada kamera digital Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker
Bahagian 5 Memuat turun video jualan ke Youtube Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube
Bahagian 6 Promosi Video Jualan dan jana wang Bab 19 Promosi video jualan melalui blog Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water Bab 25 SEO video jualan hari ini
Bahagian 7 Lampiran Bab 27 Senarai semak bagi video jualan Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil