Buku

Cerita dari Syurga

oleh Zamri Mohamad, Yusry Yusopp

RM 11.00 / RM 13.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-172-2

Muka Surat: 128

Saiz: -

Tarikh Terbit: 20 Apr 2012

Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan.

Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Seorang isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat. Seorang ayah mahu meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati anaknya. Diri kita pastinya mahu menjadi insan yang dipuji-puji di langit dan disayangi di bumi. Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan orang yang tersayang.

Antara kisah menarik dalam buku ini adalah:

  • Lihat syurga di jendelamu
  • Bisikan kata-kata syurga
  • Jemaah syurga berkhemah di dunia
  • Semanis dan sepahit gula-gula Kopiko
  • Senyuman adalah cop kekal dalam kenangan
  • Tiket bahagia selalunya berganda

Dapatkah dirimu memberitahu?

Siapakah rakan Yasinku?

1. Teh Pengaruh, semakin diteguk semakin diingati

2. Tuk! Tuk! Abang Bisu Bercakap

3. Biar Dekat Biar Cepat

4. Bisikan kata-kata syurga

5. Boomerang hidup, kata suka dan duka

6. Ayah kami harimau jadian

7. Hidup dalam kedewasaan cinta

8. Hon mewah, si kaya yang miskin

9. Jemaah syurga berkhemah di dunia

10. Lelaki kecil, lelaki besar dan timbang ikhlas

11. Senyum, cop kekal dalam kenangan

12. Tandatangan kenangan pada helaian memori

13. Sebaris kata melentur rasa

14. Kerana kamu, aku dan dia bertaut

15. Selangkah tersilap berundur, mara ke depan berjasa

16. Peta hidup ringkas, tetapi jalan yang panjang

17. Lihatlah syurga di jendelamu

18. Cerita lama hadiah baru

19. Apabila dia berkata, “Ada.”

20. Kerana engkau di hadapanku

21. Paku dan Parut

22. Akhirnya dia tahu siapa saya

23. Tiket bahagia selalunya berganda

24. Jiran selang empat puluh

25. Sentuhan 360 darjah

26. Sakitnya hatiku

27. Semanis Sepahit Gula-Gula Kopiko

28. Terima Kasih Kawan

29. Tudung Merah Jambu

30. Denyut nadi kata-kata 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024