Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 22, iaitu Surah Al-Ahzab, Surah Saba’ dan Surah Fatir. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi
Surah al-Ahzab (golongan yang bersekutu)
Rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Tuntunan kepada Isteri-isteri Nabi s.a.w. (I)
Tuntunan kepada Isteri-isteri Nabi s.a.w. (II)
Dari hal Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab binti Jahasy
Kembali dari Hal Zaid dan Zainab
Tentang Zikir
Tugas dan Sikap Rasul
Iddah Perempuan yang Belum Disetubuhi
Ketentuan Allah s.w.t. Tentang Isteri Nabi
Adab Sopan Santun di Rumah Nabi s.a.w.
Selawat
Pakaian Sopan
Jilbab di Indonesia
Bilakah Sa’ah (Kiamat)?
Iman dan Takwa
Amanah
Surah Saba’ (negeri saba)
Pendahuluan
Ampunan dan Rezeki yang Mulia
Kurniaan Allah kepada Keluarga Dawud
Kurniaan kepada Nabi Sulaiman
Negeri Saba’
Tak Ada Kekuasaan bagi yang Lain
Nabi untuk Seluruh Manusia
Sesal-menyesali Menghadapi Azab
Pembangkangan Orang-orang Mewah
Landasan Dakwah Islamiyah
Surah Fatir (MAHA PENCIPTA)
Pendahuluan
Peringatan
Asal Kejadian Manusia
Pergantian Siang dan Malam
Dosa Pikul Sendiri-sendiri
Ulama Merenung Alam
Al-Kitab dan Penyambutnya