Buku

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7

oleh HAMKA

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-481-104-4

Kod Bar: 9789674811044

Muka Surat: 392

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 21 Jan 2020

Kategori:

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 7, iaitu Surah Al-Ma’idah dan Surah Al- An’am. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Surah al-Ma’idah (HIDANGAN)

Orang yang Kafir

Bersumpah

Haram Minuman Keras dan Judi

Setelah Undang-Undang Larangan Minuman Keras itu Ditanfizkan

Pokok Berfikir

Peraturan Berburu dan Ihram

Kemuliaan Ka’bah

Madinah pun Kota Suci

Teguhkan Peribadimu

Berwasiat Ketika Akan Meninggal

Mohon Hidangan dari Langit

Surah al -An‘am (BINATANG TERNAK)

Dari Zat Apakah Malaikat Itu?

Mimpi

Sudahkah Sampai Seruan itu?

Satu Sikap yang Tegas

Orang-Orang yang Zalim

Mabuk kerana Nikmat

Pendirian yang Tegas

Iman kepada yang Ghaib

Ibrahim Melihat Kerajaan Allah

Ibrahim dengan Kaumnya

Bebas dari Rasa Takut

Memungkiri Nubuwwah

 

Erti Wahyu

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ayahku

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025