Buku

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13

oleh HAMKA

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-481-109-9

Kod Bar: 9789674811099

Muka Surat: 216

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 17 Apr 2019

Kategori: Agama

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 13, iaitu sambungan Surah Yusuf dan Surah Ar-Ra’d. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Pengantar juz 13__________________________________________ 3

Surah Yusuf (nabi yusuf a.s.)_______________________________ 9

Nabi Yusuf Menjadi Bendahara 10

Saudara-Saudara Yusuf Telah Datang 22

Siasat Nabi Yusuf Untuk Menahan Bunyamin 32

Saudara-saudara Nabi Yusuf Pulang Kembali kepada

Ayah Mereka 40

Sabar yang Indah dari Yaakub 47

Yaakub Bertemu Anaknya, Yusuf 59

Surah ar-Ra`d (petir)____________________________________ 73

Pendahuluan 73

Surah Ibrahim (Nabi ibrahim a.s.)________________________ 141

 

Pendahuluan 141

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ayahku

Muka surat: 45

Lampiran

Pada muka surat 45 buku Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 terdapat kesilapan pada teks al-Quran ayat 87 surah Yusuf. Teks sebenar adalah seperti di atas.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025