Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 11, iaitu Surah At-Taubah dan Yunus. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Surah at-Taubah (permohonan ampun) ___________________ 9
Perbezaan Antara Arab dan A`rab 15
Masjid Dhirar 57
Jangan Memohonkan Ampun untuk Musyrikin 78
Pemberian Ampunan 88
Cerita Tiga Orang yang Dikucilkan 92
Pembahagian Tugas 107
Surah Yunus (NABI YUNUS A.S.) _________________________ 137
KANDUNGAN
Pendahuluan 137
Ajaran Islam tentang Wahyu 149
Hati Terpaut Kepada Dunia 188
Sesat dan Bingung 196
Umat Manusia Adalah Satu 216
Riwayat Seorang Nakhoda Kapal 229
Perumpamaan Hidup di Dunia 232
Makna Wali Berubah 316
Allah Tidak Beranak 339
Menyusun Kekuatan Umat 370
Kelemahan Firaun ialah Kemewahan 372
Tidak Ada Paksaan 393
Disiplin Pendirian 403