Buku

Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung

oleh Zamri Mohamad, Hafizul Hilmi

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-369-063-3

Kod Bar: 9789673690633

Muka Surat: 208

Saiz (inci):

Tarikh Terbit: 28 Feb 2011

Kategori: Remaja

BISAC:

Ia bermula dengan peristiwa Haeqal berpindah ke kampung Pokok Mangga. Ia berpunca daripada ayahnya yang berpindah tempat kerja ke Melaka. Pokok Mangga merupakan kampung yang pernah terkenal dengan deretan pokok mangga sepanjang jalan serta menjadi tumpuan mendapat buah-buahan yang menjadi tarikan orang ramai. Ini juga menjadi sebab perusahaan kampung lain hidup mewah kesan daripada keunikan kampung ini. Namun, disebabkan pembangunan kampung ini hanya tinggal nama sahaja. Kesan daripada situasi ini, kampung ini menjadi terpinggir, penduduk kampung yang sudah biasa dengan perusahaan kampung melalui keadaan getir mencari rezeki. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Jamilah, pembuat tikar mengkuang. Dia terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet.

Bab 1 Tinggal Dahulu

Bab 2 Cerita Lama

Bab 3 Dunia Baru

Bab 4 Kembar Ceria

Bab 5 Ambil Kesempatan

Bab 6 Seringgit Pertama

Bab 7 Mencari Peluang

Bab 8 Malas Menjaja

Bab 9 Kunci Kedai Pertama

Bab 10 Lampu Hijau

Bab 11 Sekutu Baru

Bab 12 Pujuk Memujuk

Bab 13 Klik klik

Bab 14 Pukul Gendang

Bab 15 Sedar kembali

Bab 16 Kejutan Besar

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024