Artikel
A Better You, One Page at a Time – Mulakan Tahun Baru Bersama PTS
oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 01 Jan 2025
Setiap individu pasti mengimpikan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan mereka, sama ada dalam institusi keluarga, kewangan, persahabatan, mahupun hubungan peribadi. Tahun baru sering menjadi titik permulaan untuk menanam tekad dan menyimpan azam, namun tidak semua impian tersebut dapat direalisasikan. Sempena melangkah ke tahun 2025, inilah masa terbaik untuk bangkit semula, menghidupkan semangat yang mungkin pudar, dan berusaha memenuhi azam-azam yang tertangguh.
Jadikan tahun ini peluang untuk memperbaiki diri, mencipta perubahan yang sederhana tetapi memberi kesan besar dalam kehidupan. Dengan pendekatan yang lebih realistik dan bermakna, bina versi diri yang lebih baik, lebih positif, dan lebih bersedia menghadapi cabaran. Kerana itulah, PTS Media Group hadir bersama Kempen Tahun Baru 2025: "A Better You, One Page at a Time", untuk bersama memulakan langkah perubahan melalui pembacaan.
Pilihan buku dalam kempen ini membawa anda melalui lima fasa pembacaan yang dipilih khusus untuk setiap aspek kehidupan, membantu anda mencapai perubahan diri secara menyeluruh. Lima fasa ini akan menjadi teman pembacaan anda sepanjang perjalanan untuk menjadi versi diri yang lebih baik.
Fasa 1: ‘Gwenchana, Anda Akan Baik-Baik Sahaja!’, Terinspirasi daripada buku-buku terjemahan Korea, fasa ini membantu pembaca menjaga kesejahteraan emosi dan mental. Pilihan seperti The Things You Can See Only When You Slow Down, Seni Berkasih Sayang, Berehat Sebentar Sebelum Melangkah dan Berlari, Seni Menghargai Diri, dan Bicara Itu Ada Seninya memberikan panduan untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang, meningkatkan teknik perhubungan, dan menyemai kepentingan komunikasi yang berkesan.
Manakala Fasa 2: Seni Mendalami Diri Sendiri mengajak pembaca mengenali diri dengan lebih mendalam. Buku-buku seperti Introvert Juga Mampu Berjaya, Seni Bahagia Menjadi Introvert, Serenading Silence, Ayah, Ini Arahnya Ke Mana, Ya?, dan When You Feel Useless membantu anda menyelami keunikan dan potensi diri, walaupun sebagai seorang introvert atau tanpa sokongan sistem keluarga. Fasa ini membuktikan bahawa kebahagiaan dan kepuasan diri adalah milik semua yang berusaha.
Fasa 3: Seni Berkomunikasi dengan Baik memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran komunikasi melalui buku seperti The Art of Self-Leadership, How to Win Friends & Influence People, Intim, dan Becoming High Value Woman. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang ingin membina hubungan harmoni dan efektif dalam keluarga, organisasi, atau perhubungan peribadi. Komunikasi yang baik mampu membina kefahaman yang mendalam dan hubungan yang lebih erat.
Fasa 4: Bicara Itu Ada Seninya memaparkan koleksi buku pilihan seperti 7 Habits of Highly Effective People, Hidden Potential, Mindset The New Psychology of Success, The First 90 Days dan The Subtle Art of Not Giving a F*ck. Melalui buku-buku ini, pembaca boleh mempelajari cara berkomunikasi dengan bijaksana dan menyampaikan idea dengan berkesan. Selain itu, ia mengajar pembaca cara memfokuskan perkara penting untuk kehidupan yang lebih teratur dan bermakna..
Fasa 5: Langkah Kecil Ibu Bapa bagi Membina Keluarga Bahagia adalah khusus untuk ibu bapa. Fasa ini menawarkan buku-buku seperti As-Siyasah, Resipi Bahagia Al-Ghazali, The Book You Wish Your Parents Had Read, 13 Things Mentally Strong Parents Don’t Do dan Ayah Sebagai Hero, Anak Sebagai Sahabat. Buku-buku pilihan ini memberikan panduan kepada para ibu bapa membina keluarga bahagia berdasarkan nilai yang diajarkan dalam Islam dan pendekatan psikologi.
Sempena kempen ini juga PTS turut menawarkan Kalendar Eksklusif 2025 25 Tahun Bersama PTS secara percuma kepada pembeli buku-buku terpilih, selagi stok masih ada. Kalendar ini bukan sekadar penanda hari dan bulan sahaja, tetapi simbolik kepada usaha PTS dalam menyokong pembaca sepanjang perjalanan mereka untuk tahun 2025 menjadi lebih baik. Kempen Tahun Baru PTS 2025 ini berlangsung sepanjang bulan Januari dan memberi peluang kepada pembaca untuk memilih buku-buku yang bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga panduan praktikal untuk memperbaiki diri. Jadi, mari mulakan tahun baru ini dengan langkah positif. Sertai kempen ini dan jadikan 2025 tahun di mana anda melakar perubahan bermakna, satu halaman pada satu masa.