Buku

Set 30 Juzuk Tafsir Al-Azhar

oleh HAMKA

RM 750.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: -

Tarikh Terbit: 1 Feb 2020

Kategori:

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.


Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan
Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan
sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 26

Tafsir Surah As-Syu’ara’ dan Juzuk 19

Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22

Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9

Tafsir Surah Al-A’raf dan Juzuk 8

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18

Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14

Tafsir Surah Al-Ankabut dan Juzuk 20

Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25

Tafsir Surah As-Saff, Al-Jumu’ah, At-Talaq dan Juzuk 28

Tafsir Surah Al-Anbiyaa’ dan Juzuk 17

Tafsir Surah At-Taubah dan Juzuk 10

Tafsir Surah Maryam dan Juzuk 16

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13

Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ayahku

Tuan Direktur

Di Bawah Lindungan Ka’bah

SOALAN 1

Adakah tafsir Al-Azhar terbitan PTS mempunyai kelulusan KDN ataupun Jakim?

Pihak PTS sudah menghantar keseluruhan set Tafsir Al-Azhar ke Bahagian semakan Teks Al-Quran KDN untuk semakan dan pengesahan sebelum ia diterbitkan secara sepenuhnya.

Daripada mesyuarat yang dijalankan dalam kalangan pegawai Bahagian Semakan teks Al-Quran KDN, keputusannya menyatakan bahawa buku berbentuk tafsir belum lagi memerlukan kelulusan Bahagian Semakan Teks Al-Quran KDN.

Apatah lagi tafsir yang diterbitkan oleh PTS sekadar 1 juzuk bagi setiap buku dan Tafsir Al-Azhar adalah salah satu tafsir nusantara yang cukup dikenali dan diperakui.


SOALAN 2

Apakah perbezaan antara Tafsir Al-Azhar terbitan PTS dengan Tafsir al-Azhar yang diterbitkan sebelum ini?

Tafsir al-Azhar terbitan PTS dibuat dalam edisi mengikut juzuk yang mana Tafsir Al-Azhar edisi lama ataupun yang semasa tetapi diterbitkan oleh penerbit lain di Indonesia diterbitkan mengikut jilid.

Selain daripada itu, tafsir Al-Azhar terbitan PTS tidak sepenuhnya menggunakan Bahasa asal tetapi dibuat sedikit penyesuaian istilah terutamanya istilah-istilah yang membawa maksud berbeza ataupun negatif di antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu. Contohnya istilah ‘gampang’ yang membawa maksud ‘senang’ ataupun ‘mudah’ tetapi mempunyai makna yang negatif jika dikekalkan bagi pembaca Malaysia.


SOALAN 3

Adakah Tafsir Al-Azhar terbitan PTS adalah terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam bahasa Indonesia?

Tafsir Al-Azhar terbitan PTS bukan berbentuk terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam Bahasa Indonesia. Sebaliknya ia adalah edisi yang dibuat penyesuaian istilah sahaja. Buya Hamka sendiri tidak meletakkan Tafsir Al-Azhar sebagai tafsir Quran dalam Bahasa Indonesia sahaja tetapi ia sesuai adalah Bahasa Indonesia Moden yang sesuai dengan Bahasa Melayu.

Buya Hamka menyatakan dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 29,

“Oleh kerana itu, kami terjemahkan dan kita tafsirkan Al-Quran ini ke dalam Bahasa Indonesia Moden yang sedang berkembang, dengan berpegang kepada pendapat Abu Hanifah tadi, iaitu untuk membimbing orang yang tidak tahu Bahasa Arab, tetapi ingin mengentahui isi Al-Quran dan kita peringatkan bahawa ini adalah terjemahan.”

Buya Hamka menyatakan lagi dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 30,

“dan sekarang kita terjemahkan tiap-tiap ayat Quran yang 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat ini ke dalam Bahasa Indonesia atau Melayu dan di samping terjemahan, penulis ini mencantumkan bunyi ayat aslinya dengan huruf arabnya.”


SOALAN 4

Jika saya dapati kesilapan ataupun kesalahan cetakan sama ada berbentuk ejaan ataupun teks, bagaimana boleh saya berikan maklum balas kepada PTS sebagai penerbit?

Sekiranya pihak pembaca menemui sebarang kesilapan dan kesalahan dalam Tafsir Al-Azhar terbitan PTS, boleh emelkan maklumat kesilapan yang dikenal pasti itu ke [email protected].

Mohon sertakan juga gambar (sekiranya dapat) untuk rujukan pihak penerbit.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024